Authorised Distributor · Malaysia

INSPEED Big Brake Kit.

Kaliper forged 4, 6 hingga 10 piston untuk kereta harian, trackday dan kereta berkuasa tinggi — dibekal dan dipasang terus oleh Xin Exhaust, pengedar sah INSPEED di Malaysia.

  • 5Siri brek
  • 4–10Piston
  • SahPengedar sah Malaysia
Siri INSPEED

Pilih Siri Anda

Saiz cakera bergantung kepada model kereta dan saiz rim. Tak pasti siri mana sesuai? Tekan tanya harga dan beritahu model kereta anda.

TS Series

Street Standard

Siri paling popular untuk kereta harian dan upgrade brek pertama. Kaliper aloi aluminium forged dengan piston bersaiz berbeza (kecil–sederhana–besar) untuk tekanan pad yang sekata.

ModelPistonSaiz cakera
TS4SMini 4 Pot286 / 302 / 330 mm
TS44 Pot330 – 380 mm
TS66 Pot345 – 380 mm
Tanya harga TS Series →

TR Series

Competition

Edisi kompetisi untuk pemanduan agresif dan trackday — dibina untuk brek berulang kali pada suhu tinggi.

ModelPistonSaiz cakera
TR4SMini 4 Pot286 / 302 / 330 mm
TR44 Pot330 – 378 mm
TR66 Pot345 / 355 / 378 mm
Tanya harga TR Series →

CS Series

Street · Piston Besar

Piston besar dengan piston berventilasi sebagai standard untuk penyejukan lebih baik — sesuai untuk kereta lebih berat dan pemanduan harian.

ModelPistonSaiz cakera
CS44 Pot345 / 355 mm (depan) · 355 / 380 mm (belakang)
CS66 Pot380 / 400 mm
Tanya harga CS Series →

TE Series

Belakang · EPB

Kaliper belakang dengan motor brek parkir elektrik (EPB) terbina dalam — untuk kereta moden yang menggunakan brek tangan elektrik.

ModelPistonSaiz cakera
TE44 Pot · EPB terbina355 / 380 mm
Tanya harga TE Series →

PC-Mono Series

Flagship

Siri flagship untuk kereta berkuasa tinggi dan rim 20 inci ke atas — kaliper forged, cakera besar dua keping dan pilihan belakang dengan EPB.

ModelPistonSaiz cakera
PC1010 Pot · depan402 / 440 mm
PC44 Pot · belakang + EPB390 / 410 mm
Tanya harga PC-Mono Series →
Dalam Set

Apa Yang Anda Dapat

Kandungan biasa set big brake kit INSPEED. Kandungan tepat bergantung kepada siri dan pakej — sahkan semasa sebut harga.

  • 01

    Kaliper forged

    Aloi aluminium forged — kuat, ringan dan tahan haba.

  • 02

    Cakera 2 keping

    Cakera floating karbon tinggi yang dirawat haba, dipadankan dengan kaliper.

  • 03

    Pad brek INSPEED

    Siri INS — pilih ikut kegunaan: jalan raya, trackday atau perlumbaan.

  • 04

    Hos brek braided

    Hos keluli tahan karat braided — tekanan brek lebih konsisten.

  • 05

    Bracket & hub CNC

    Dibuat khusus ikut model kereta untuk pemasangan yang tepat.

  • 06

    Minyak brek DOT 5.1

    Takat didih tinggi untuk pemanduan yang lebih mencabar.

Panduan Rim

Saiz Rim Minimum

Saiz cakeraRim minimum
355 mm18 inci ke atas
380 mm19 inci ke atas
PC10 (402 / 440 mm)20 inci ke atas

Panduan umum. Kesesuaian sebenar bergantung kepada reka bentuk rim dan offset — kami semak sebelum pasang.

Pad Brek

Siri Pad INS

PadKegunaan
INS-10Jalan raya · trackday
INS-20Jalan raya · trackday · perlumbaan
INS-30Trackday · perlumbaan

Tulen & Sah

Terus daripada pengedar sah INSPEED di Malaysia.

Pasang di 4 Cawangan

Shah Alam Seksyen 15 & 20, Puchong dan Setapak.

Padanan Disemak

Kami semak model kereta, rim dan EPB sebelum anda membeli.

Tempah Appointment

Pilih Tarikh & Masa Anda.

Isi borang ini dan tekan butang — WhatsApp akan terbuka dengan butiran tempahan lengkap. Pasukan kami akan sahkan slot anda.

  • Masa ikut waktu operasi cawangan
  • Pengesahan terus melalui WhatsApp

Soalan Lazim

Brek INSPEED

Siapa pengedar sah INSPEED di Malaysia?

Xin Exhaust Performance ialah pengedar sah (authorised distributor) brek INSPEED di Malaysia. Membeli daripada pengedar sah memastikan produk tulen, padanan yang betul untuk kereta anda dan sokongan selepas jualan.

Apa beza siri TS, TR, CS, TE dan PC-Mono?

TS ialah siri standard untuk jalan raya, TR edisi kompetisi untuk trackday, CS siri piston besar untuk kereta lebih berat dan pemanduan harian, TE kaliper belakang dengan brek parkir elektrik (EPB) terbina, dan PC-Mono siri flagship (sehingga 10 piston) untuk kereta berkuasa tinggi.

Berapa saiz rim minimum untuk big brake kit INSPEED?

Sebagai panduan, cakera 355 mm memerlukan rim 18 inci ke atas, 380 mm memerlukan 19 inci ke atas, dan PC10 memerlukan 20 inci ke atas. Saiz cakera lebih kecil sesuai untuk rim lebih kecil. Hantar model kereta dan saiz rim anda di WhatsApp untuk semakan tepat.

Kereta saya guna brek tangan elektrik (EPB). Boleh pasang INSPEED di belakang?

Boleh untuk kereta yang serasi. TE4 dan PC4 mempunyai motor EPB terbina dalam kaliper. Kesesuaian bergantung kepada model kereta, jadi semak dengan kami dahulu.

Berapa harga brek INSPEED?

Harga bergantung kepada siri, saiz cakera dan model kereta. WhatsApp +60 17-459 6543 dengan model kereta dan saiz rim anda untuk sebut harga.

Di mana boleh pasang brek INSPEED?

Di mana-mana cawangan Xin Exhaust: Shah Alam Seksyen 15 (HQ), Shah Alam Seksyen 20, Puchong dan Setapak. Tempah slot melalui borang di halaman ini.

Sedia nak upgrade bunyi?

Pilih cawangan, tarikh dan masa — tempahan dihantar terus ke WhatsApp kami untuk pengesahan.

Tempah Appointment