Servis · Kepakaran Utama Xin

Custom Fabricate Exhaust di Xin.

Tiada kit siap untuk kereta anda, atau mahu bunyi yang betul-betul ikut citarasa? Kami bina ekzos dari kosong — paip dilentur, dipotong dan dikimpal TIG terus pada kereta anda.

Apa itu Custom Fabricate?

Custom fabricate bermaksud sistem ekzos dibina khas untuk kereta anda, bukan kit siap yang dipasang terus. Setiap lenturan paip, kedudukan resonator dan muffler, serta hanger diukur pada kereta itu sendiri.

Ini sesuai untuk kereta yang tiada kit di pasaran, kereta yang sudah diubah suai, atau pemilik yang mahu saiz paip dan karakter bunyi tertentu. Bandingkan dengan kit siap dalam artikel ekzos ready-made vs custom fabricate.

Sesuai untuk

Perlu tahu

Masa kerja bergantung kepada skop — dari tukar sebahagian paip hingga sistem penuh. Tempah slot dahulu dan hantar model kereta supaya kami boleh anggarkan masa dan harga.

Diukur pada kereta

Laluan paip ikut ruang bawah kereta — tak berlaga, tak terlalu rendah.

Stainless 304 sahaja

Tahan karat untuk jangka panjang. Baca kenapa 304.

Kimpalan TIG kemas

Sambungan kuat dan cantik. Baca MIG vs TIG.

Bunyi ikut citarasa

Pilih saiz paip, resonator dan muffler ikut bunyi yang anda mahu.

Projek Sebenar

Kerja Tangan Bengkel Xin

Lenturan paip, kimpalan TIG dan laluan paip yang mengikut ruang bawah kereta — dari projek sebenar di bengkel kami.

Paip tengah cat-back A45 S di bawah lantai keretaJarak dekat kimpalan TIG pada paip cat-back stainless steel A45 SSambungan paip cat-back A45 S selepas catalytic converterLengkungan downpipe AMG GT S dengan bung sensor oksigen

Lihat galeri penuh →

Tempah Appointment

Pilih Tarikh & Masa Anda.

Isi borang ini dan tekan butang — WhatsApp akan terbuka dengan butiran tempahan lengkap. Pasukan kami akan sahkan slot anda.

  • Masa ikut waktu operasi cawangan
  • Pengesahan terus melalui WhatsApp

Soalan Lazim

Custom Fabricate Exhaust

Apa itu custom fabricate exhaust?

Custom fabricate ialah ekzos yang dibina khas untuk kereta anda — paip dilentur, dipotong dan dikimpal terus mengikut kereta, bukan kit siap.

Apa beza custom fabricate dan ekzos ready-made?

Ekzos ready-made dibuat untuk model tertentu dan dipasang terus. Custom fabricate dibina ikut kereta anda, jadi saiz paip, laluan dan bunyi boleh disesuaikan.

Bahan apa yang Xin guna untuk custom exhaust?

Xin Exhaust menggunakan stainless steel 304 dengan kimpalan TIG.

Berapa lama masa untuk custom fabricate?

Bergantung kepada skop kerja dan model kereta. Hantar model kereta dan apa yang anda mahu di WhatsApp untuk anggaran masa.

Berapa harga custom fabricate exhaust?

Harga bergantung kepada model kereta, saiz paip dan komponen yang dipilih. WhatsApp model kereta anda untuk sebut harga.

Sedia nak upgrade bunyi?

Pilih cawangan, tarikh dan masa — tempahan dihantar terus ke WhatsApp kami untuk pengesahan.

Tempah Appointment